Like This Blog

Facebook

Wednesday, October 26, 2011

Maaf di pinta...


Assalamualkum wbt
Title di atas bunyi cm ari raya pla kn... hihi
Apa-apa pun sebenarnya sy just nak bgtau, sejak kebelakangan ini kesibukan yg amat2 sgt telah melanda..
minta maaf ya x ada entri yg mashukk ... huhu

Masa agak padat & terhad tuk sy menghadap laptop... apa-apa pun terima kasih pd sapa2 yg singgah view blog yg x seberapa ni, wlupun x ada entri terbaru kn...!?? wallahe~~~ rasa diri dihargai,  Terima Kasih!! very appreciated it!!

Sokongan yg korang beri secara tidak langsung menaikkan semangatku kembali, Terima Kasih lg sekali & tunggu entri seterusnya ya.... luv u ol !!





Monday, October 17, 2011

oh hari isnin !!!!!??

Hari ini hari ISNIN, hari yang grrrrr... penat buat saya!!.  tidak suka ari isnin. hahaha!! Bukan mengeluh cuma emmm... luahan kot?! hehe. jk ok

Pasti suma pn mengalami masalah menghadapi hari isnin kn....!?? Hari pertama dalam minggu yang akan menjadi igauan. Kepenatan & kesibukan sempena menyambut ari isnin td secara tdk langsung memberi idea tuk aku buat entri mlm ni, nahah... teda2 ba kn, hahaha.. well, better than nothing bah. hihihihi. 

Di bawah ni adalah di antara perkara-perkara yg sering terjadi pd hari ISNIN... jom layannn>>>>

1. Ramai yg malas mau pergi kerja/ kelas. Siap ada yg ambil MC untuk menyambung cuti minggu. Ini lah penyakit yg sering berlaku dikalangan kita. Setuju atau tidak? hahah. ni aku slalu buat ni. tettttt..

2. Kadangkala ada organisasi yag mengadakan perhimpunan/ mesyuarat di pagi Isnin. Pasti ramai yang cuba-cuba mengelakkan unk menghadiri ini. Malahan ada yg gembira bila perhimpunan/mesyuarat tidak jadi. ya lah, tdk payah mau dengar bebelan org atasan. emmm,, belum pernah ku buat pla. xpa, ble d cuba jg ni.hahaha

3. Kena gosok baju, kiwi kasut. Ada yg telah siap sedia pada malam Ahad tapi ada jg yg melakukan kerja ini pada hari Isnin. Dengan kelam kabut siapkan baju, kasut sampai kadangkala terlupa mana kena letak.

4. Menyambung kembali kerja-kerja yg tidak dpt disiapkan pada minggu lepas. Yg pandai menyusun kerja pasti mudah, tapi yg tdk pandai pasti kelam kabut mau menyiapkan kerja.

5. Bagi yg memiliki motivasi yg tinggi pastinya hari Isnin memberikan semangat utk terus melakukan kerja-kerja. Perancangan dilakukan dengan teliti bagi memastikan minggu ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. cheeewah.

Jadik, apa mcm ngan ari isnin kamurang.. adakah sungguh bermakna atau sebaliknya??  
Tetapi satu perkara yg kita kena ingat, tidak kira la hari apa pun sebenarnya, hari isnin adalah ari yang sangat istimewa. Ini kerana Hari isnin telah berlakunya peristiwa-peristiwa iaitu:

1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"



MasyaAllah..bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan dalam kehidupan kita seharian. Tidak kira lah hari apa pun, cintailah hari-hari kita.....:)   love ur life and life will love u back!!


Sunday, October 16, 2011

i really luv this GUY


Ya Allah ya Tuhanku aku amat merindui lelaki ini..

Hanya Al-fatihah & doa ku titipkan, moga roh bapa selamat bersemadi di sisi para As-sollihin.
Maafkan aku pa', anakmu belum sempat membalas jasamu, seribu keringatmu mengalir membesarkan kami tanpa jemu, belum pun satu terbalas olehku.

Genap 46hari bapa meninggalkan kami. Sedih dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehilangan orang yang paling disayangi.

Bagi aku bapa aku adalah bapa yang terbaik!! Raya pertama aku sempat lg memotong kuku jari dan kuku kaki bapaku, masa itu tiada tanda-tanda pun yang bapa akan pergi keesokan hari untuk selama-lamanya.. Cuma sambil aku memotong kuku bapaku, aku menitiskan air mata yang aku sendiri tidak pasti kenapa aku menangis. Ya Allah, kalau lah aku tahu...kalau lah aku tahu rupanya itu lah kali terakhir aku akan meratapi jari-jari tulus bapaku yang penuh kasih dan sayang..

Terlalu banyak kenangan bersama arwah, Sampai sekarang aku rasa bapa masih ada di sisi dan bapa sedang melihat kami. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa ku dan dosa kedua ibubapaku... kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil..
Ya Allah yang mahu Pengampun, Kau ampunilah dosa-dosa bapaku.. tempatkanlah bapaku di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh...amin ya Rabbal Alamin..