Pasti suma pn mengalami masalah menghadapi hari isnin kn....!?? Hari pertama dalam minggu yang akan menjadi igauan. Kepenatan & kesibukan sempena menyambut ari isnin td secara tdk langsung memberi idea tuk aku buat entri mlm ni, nahah... teda2 ba kn, hahaha.. well, better than nothing bah. hihihihi.
Di bawah ni adalah di antara perkara-perkara yg sering terjadi pd hari ISNIN... jom layannn>>>>
1. Ramai yg malas mau pergi kerja/ kelas. Siap ada yg ambil MC untuk menyambung cuti minggu. Ini lah penyakit yg sering berlaku dikalangan kita. Setuju atau tidak? hahah. ni aku slalu buat ni. tettttt..
2. Kadangkala ada organisasi yag mengadakan perhimpunan/ mesyuarat di pagi Isnin. Pasti ramai yang cuba-cuba mengelakkan unk menghadiri ini. Malahan ada yg gembira bila perhimpunan/mesyuarat tidak jadi. ya lah, tdk payah mau dengar bebelan org atasan. emmm,, belum pernah ku buat pla. xpa, ble d cuba jg ni.hahaha
3. Kena gosok baju, kiwi kasut. Ada yg telah siap sedia pada malam Ahad tapi ada jg yg melakukan kerja ini pada hari Isnin. Dengan kelam kabut siapkan baju, kasut sampai kadangkala terlupa mana kena letak.
4. Menyambung kembali kerja-kerja yg tidak dpt disiapkan pada minggu lepas. Yg pandai menyusun kerja pasti mudah, tapi yg tdk pandai pasti kelam kabut mau menyiapkan kerja.
5. Bagi yg memiliki motivasi yg tinggi pastinya hari Isnin memberikan semangat utk terus melakukan kerja-kerja. Perancangan dilakukan dengan teliti bagi memastikan minggu ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. cheeewah.
Jadik, apa mcm ngan ari isnin kamurang.. adakah sungguh bermakna atau sebaliknya??
Tetapi satu perkara yg kita kena ingat, tidak kira la hari apa pun sebenarnya, hari isnin adalah ari yang sangat istimewa. Ini kerana Hari isnin telah berlakunya peristiwa-peristiwa iaitu:
1. naiknya nabi Idris ke langit..2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
MasyaAllah..bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan dalam kehidupan kita seharian. Tidak kira lah hari apa pun, cintailah hari-hari kita.....:) love ur life and life will love u back!!

No comments:
Post a Comment