Ya Allah ya Tuhanku aku amat merindui lelaki ini..
Hanya Al-fatihah & doa ku titipkan, moga roh bapa selamat bersemadi di sisi para As-sollihin.
Maafkan aku pa', anakmu belum sempat membalas jasamu, seribu keringatmu mengalir membesarkan kami tanpa jemu, belum pun satu terbalas olehku.
Genap 46hari bapa meninggalkan kami. Sedih dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehilangan orang yang paling disayangi.
Bagi aku bapa aku adalah bapa yang terbaik!! Raya pertama aku sempat lg memotong kuku jari dan kuku kaki bapaku, masa itu tiada tanda-tanda pun yang bapa akan pergi keesokan hari untuk selama-lamanya.. Cuma sambil aku memotong kuku bapaku, aku menitiskan air mata yang aku sendiri tidak pasti kenapa aku menangis. Ya Allah, kalau lah aku tahu...kalau lah aku tahu rupanya itu lah kali terakhir aku akan meratapi jari-jari tulus bapaku yang penuh kasih dan sayang..
Terlalu banyak kenangan bersama arwah, Sampai sekarang aku rasa bapa masih ada di sisi dan bapa sedang melihat kami. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa ku dan dosa kedua ibubapaku... kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil..
Ya Allah yang mahu Pengampun, Kau ampunilah dosa-dosa bapaku.. tempatkanlah bapaku di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh...amin ya Rabbal Alamin..

No comments:
Post a Comment