Like This Blog

Facebook

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharam

GAMBAR HIASAN

Assalamualaikum...
Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, marilah kita sama2 memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan.


Marilah kita hayati maksud muharam, doa, serta amalan2 sunat pada bulan muharam. 
sumber: Jabatan mufti




MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.






DOA AKHIR TAHUN:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN :
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



DOA AWAL TAHUN
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


AMALAN-AMALAN SUNAT: 
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM) 

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Hijrah seorang anak, seorang suami, seorang isteri, seorang pekerja, seorang jiran dan lain-lain lagi. Lebih tepat ialah hijrah seorang hamba kepada Yang Maha Kuasa. 

Salam Awal Muharram kepada seluruh rakan blogger dan pengunjung blog ni.

Thursday, November 24, 2011

HARI TERAKHIRKU.... resign







Hari ini secara rasminya aku resign dari tempat ku kerja...  hari terakhir aku menjadi sebahagian dari team Aeon Credit Service . sedih!!  sedih meninggalkan kwn2 seofis.. rasa rindu dengan suasana di ofc yang telah aku 'kerjakan' selama 4 tahun ini. Walaubagaimanapun, aku harus realistik. Ada sesuatu yang lebih besar, demi masa depan ku yang harus aku kejar.. kerana itu, aku harus kuat, dan kena teruskan langkah...

Aku berasa beruntung, pengalaman kerja pertamaku meninggalkan kenangan yang 'hangat' dan menyenangkan. Terima kasih team CAD!! terima kasih organize farewell apa suma... terima kasih atas segala-galanya. kenangan bersama kamu akan tetap aku ingat sampai bila2.



kenangan di Aeon
TEAM CAD


Thursday, November 17, 2011

counting

gambar hiasan


Alhamdulillah setelah 4 tahun pencarian (walaupun bkn nya lama sgt) finally dpt keja baru..yahuuuuu suka sgt2!! mungkin ada yang tidak tahu, tp ada juga yang sdh sedia maklum aku akan resign x lama lg. Kalau kamurang mengikuti blog aku yg x seberapa ni mest korang tau la tu..hihi. Aha... ni serita kesinambungan dr entri sblom2 ni k, haha!! Lagi seminggu aku nak chow dr kompeni tmpt aku kja skg ni, rasa x sbr.. Dalam sibuk MENGHITUNG HARI ni, aku masih bekerja cm biasa..mcm2 rasa sdh skg. produktiviti kerja pn alahaiii.. malas pn ada, mengular sana sini... rasanya masa berjalan agak lambat. Hhmmm, hanya org yg nak resign ja kot rasanya fhm situasi cm aku ni. Meninggalkan tmpat kerja skg bukanlah mo ckp kompeni aku skg ni x bgus ka apa, tp ni tuk masa depan yg lebih baik... insyaAllah. Nway, doa2 kn la aku ya semoga aku lebih success and tenang serta berbahagia di tmpat kerja baru (harap2 cmtu la kn.. jgn kluar mulut naga masuk mulut boya suda..nauzubillah..simpang malaikat 44)

Jadik, apakah perasan ku skg ya... haha!! jwpnnya sdh tentu 
LEGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!! Alhamdulillah
Tentang keja br nnti aku update ar.. new place, new friend, new environment..everything new... hope I can take the challenge..  yeah, chaiyok2!! - (amboi terlebih sudah)









Saturday, November 12, 2011

Muhasabah diri

Gambar hiasan




Sy sedar sy tak layak untuk membicarakan soal agama di sini, malah sy akui sy masih jahil mengenainya, Namun, ada sedikit info yg sy copy utk perkongsian kita bersama & peringatan buat diri agar tidak lalai & terleka... credit to Jannati Baiti

'Ukhwah' bukan satu tiket membolehkan perbualan mesra di alam maya.


Cukup bagi kita bermesra dengan sesama jantina

Tinggikan rasa malu dengan yang berlainan jantina.


Ikhtilat di alam maya dan nyata perlu sama dijaga
Kerna Allah memerhatikan kita tiap masa dan ketika.


Wahai muslimah

Jangan mudah berbalas komen dengan lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting yang memerlukan perhubungan dengan lelaki
Pelihara maruahmu
Jaga akhlakmu

Wahai muslimin
Bataskan bicara dan kemesraanmu
Jagalah hati para mujahidah yang mudah terusik dengan kebaikanmu.

Jangan terlalu asyik di alam maya
Hingga terabai perjuangan di alam nyata

Ada lg,  >>>>  :)

Aurat kita (wanita)

: : 1 . Bulu kening
: : Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
: : ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

: : Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

: : 2 . Kaki ( tumit kaki )
: : " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya
: : ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
: : An-Nur : 31

: : a ) menampakkan kaki
: : b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

: : 3 . Wangian
: : " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
: : kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
: : melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
: : Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

: : 4 . Dada
: : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
: : dada-dada mereka "
: : An-Nur : 31

: : 5 . Gigi
: : " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
: : dikikirkan giginya "
: : Riwayat At-Thabrani

: : " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,
yang
: : merubah ciptaan Allah "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : 6 . Muka dan leher
: : " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
: : menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
: : a ) bersolek ( make-up )
: : b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
: : leher seperti orang Jahilliyah

: : 7 . Muka dan Tangan
: : " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang
: : tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
: : telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
: : pergelangan tangan dan wajah saja "
: : Riwayat Muslim dan Bukhari

: : 8 . Tangan
: : " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
: : menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
: : Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

: : 9 . Mata
: : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
: : sebahagian dari pemandangannya "
: : An Nur : 31

: : " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu
hanya
: : boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak
: : dibenarkan "
: : Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

: : 10 . Mulut ( suara )
: : " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga
: : berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi
: : ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
: : Al Ahzab : 32

: : " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan
: : yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan
: : penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
"
: : Riwayat Ibn Majah

: : 11 . Kemaluan
: : " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka
: : menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan
: : berzina ) "
: : An Nur : 31

: : " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
: : Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka
: : masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
: : Riwayat Al Bazzar

: : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminya
: : , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
: : Allah "
: : Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

: : 12 . Pakaian
: : " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan
: : memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
: : Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

: : " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang
: : berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain
: : untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
: : mencium baunya "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : a ) Berpakaian tipis / jarang
: : b ) Berpakaian ketat / membentuk
: : c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

: : " Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu
dan
: : isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju
: : labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
: : Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
: : penyayang "
: : Al Ahzab : 59

: : 13 . Rambut
: : " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
: : rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia
: : tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
: : mahramnya "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : 14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya
: : , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit
matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Memang bukan mudah untuk mengubah kelemahan dan kesilapan dalam diri kita,
walau seteruk mana pun kesilapan kita,
masih ada jalan untuk kita perbetulkan kesilapan,
Tidak mustahil untuk memperbaiki keadaan,
Peluang sentiasa ada.
Yang paling penting,
kekuatan emosi kita,
Untuk meyakini Allah akan membantu hambaNya dalam proses mempertingkatkan diri keranaNya,
Pasakkan niat untuk berubah dan perbaiki diri kerana Allah…
Kerana apabila menghadapi kesukaran dan kesusahan sepanjang proses perubahan itu,
kita masih istiqamah di jalan yang kita pilih.
Yakinlah dengan Allah,
Setiap ujian dan dugaan yang Allah beri,
Allah susunkan mengikut kemampuan kita,
Semoga setiap dugaan dan ujian yang kita lalui, menjadikan kita hamba yang lebih baik di sisiNya.
Semoga ujian ini, menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT.
Semoga penyusunan Allah ini, meningkatkan kecintaan kita kepadaNya..... insyaAllah


Friday, November 11, 2011

11.11.11

gambar hiasan




Sungguh cantik tarikh pada hari ini kn... ???!! ramai kita lihat blogger2, facebooker & apa-apa sja la yang menge-post cerita pasal tarikh hari ini 11.11.11 yg kononnya tarikh ini CANTIK & mungkin membawa tuah... Tapi tahukah kita apa di sebalik tarikh ini?

Hasil dari carian MR GOOGLE pasal tarikh hari ini.. 11.11.11 bersamaan 15 Zulhijjah 1432-H, hari Jumaat.. 

1. "Dalam Islam, meyakini angka-angka atau tanggalan tersebut adalah musyrik. Waspadalah dengan kebohongan-kebohongan mereka. Waspadalah, kerana bisa jadi kita telah keluar dari Islam tanpa sedar kerana kemusyikan kita. Na’udzubillah."

2. "Dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . 
Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 
                                     6.6.6 
                                     9.9.9 dan 
                                    11.11.11."

3. "In Mathematically, Base 10 for example:

(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Base 16 (hexadecimal) for example:
(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321."


4. "Pada hari ini di muka-muka akhbar kita baca ramai orang minta kahwin pada 11.11.11.. Ramai sungguh orang nak bernikah pada tarikh ini kerana menganggap angka ini cantik dan tuah. bagi yang dah berkahwin, siap ada yang bercadang nak dapatkan anak yang lahir pada hari ini."
lagi 1, ada daripada sorang ustaz yang pernah bagitau pasal angka 1 ni.. cuba korang campurkan, umur + 2 digit terakhir tahun kelahiran, hasilnya adalah 111.. xpercaya? 
lihat contoh ini.. umur saya 25, tahun 86.. 25 + 86 = 111.. contoh lain, umur mak 54 tahun 57.. 54 + 57 = 111.. still xcaya?? last contoh, umur bapa 71 tahun 40.. 71 + 40 = 111..
see? semua hasil adalah 111.. tapi apa maksudnya? ustaz tu kata, ini bermaksud kite semua adalah 1.. kita datang dari Allah Yang Satu, dan kembali kepada-Nya juga Yang Tetap Satu..


Sembiraiblogger: Tiada sebarang niat yang tidak baik di sebalik tarikh hari ini. Entri kali ni hanya sekadar perkongsian bersama. Sama2 la kita beringat bahawa apa jua yang kita tahu, atau diberitahu.. kita kena sedar sebenarnya Allah shj yang tahu apa makna angka ini yang sebenar-benarnya kerana Dia maha mengetahui. wallahu a'lam

Thursday, November 3, 2011

Alhamdulillah... Rezeki kahwin

gambar hiasan


Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)  
  
Alhamdulillah... syukur pd tuhan 
Mmg btul kata org rezeki orang kahwin, aku rasa aku kena percaya pd tu jg~~

Pagi tadi aku terima panggilan dr sebuah bank yang aku idam-idamkan selama ni. Aku diterima berkhidmat di sana tp tuk 6 bln percubaan shj. alamak!! Tp x pa, mmg kena mula dr bawah semula.hihi. it's ok!! Yg paling menggembirakan, aku di tempatkan di tempat aku sendiri. Klu budak2 bola ckp main kt 'home'. ntah apa, mngkin lawan di tmpat sendiri kot~~ hihi. apa2 pun, Syukur... tercapai jg hasratku berkhidmat kt bank tu walaupun belum disahkan sebagai pekerja tetap dan hanya mengikuti program tuk 6 bln ni. InsyaAllah harap2 pas 6 bln ni, kena serapla jd permanent kn.... amin.

Rasa sedih tuk tinggalkan cmpny lama. hampir 4 thun aku mncri rezeki kat cmpny ni.... I learn a lot la org bilang , Byk suka duka, di maki hamun apa suma. hmmm... sedih!!  rasa mo nangis. huhu. 
I hope this gonna be my last destination. Sbnrnya x sangka boleh dpt kerja baru dlm waktu yg sgt dekat dengan tarikh kahwin... I think Allah knows best for me. Allah listen to my prayers, syukur!!

So pada yg sedang mencari kerja atau sedang dlm dilema dgn kerja, doa byk2. Tuhan maha mendengar. Percaya pada rezeki kahwin k !!



Wednesday, November 2, 2011

Persediaan ke hari itu


I was thinking to delete this blog since nothing much to be updated. But rasa sayang & ndak smpai ati mo bt cmtu...Nway, just proceed slagi ada sokongan + dorongan dr korang suma. yeah!!

Hari-hari yang dinantikan akan datang x lama lg. sekejap sja masa berlalu. pejam celik pejam celik hanya tinggal 2 bulan shj... aiyo! inilah yg dinamakan kerja last minit, hahaha. dr masa skolah smpai dh nk kowin pn prangai x ubah2. dolu2 time bt assignment sebulan di beri tempoh bt tugasan, esok antar mlm ni la aku brabis mo kasi siap. But alhamdulillah ble pass jg. haha!!

Lupakan pasal dolu2, now sikalang aku kena bt preparation tuk hari bahagia ku nt, En Tunang bising2 sdh blum decide kaler, pelamin apa suma...hmmmm, minta maaf En Tunang, hrp fhm situasi skg yer~~  walaupun last2 minit tp itu bkn penghalang. chewahh..:) Buat yg termampu, ikut kemampuan, berala kadar, x perlu over sgt & asal nmpk nice,ok la bha 2 kn???! setuju????  hehehe. 




Sembiraiblogger: Di sebalik kegembiraan menanti detik2 hari perkahwinan ini, terselit rasa kesedihan bila mengenangkan seseorang yang telah tiada tuk sama2 meraikan hari bahagia ku nanti. Ini 'hadiah' tuk mu pa'... Kami tetap mengingati mu... al-fatihah