Like This Blog

Facebook

Friday, March 30, 2012

Alhamdulillah.... rezeki kami



Syukur ke hadrat illahi... syukur yang teramat sgt atas rezeki yang Allah beri kepada kami. Alhamdulillah!! hanya itu yang mampu terungkap. Namun, di sebalik kegembiraan ini terselit rasa kesedihan..hubungan jarak jauh ni sungguh banyak cabarannya. Mungkin dah menjadi trend orang sekarang agaknya... bila sudah berkahwin, tak semestinya duduk sebumbung, dek kerana masing-masing dengan urusan kerja.. kenalah berkorban ckit, kn??  :) Tapi yang pasti semua ini ada hikmahnya. Buat yang senasib dengan aku, sama-sama la kita berdoa. Apa yang penting, buat bakal ibu dan ayah, sama-sama la kita menjaga sikap dan tingkah laku. Hanya kepada Allah swt tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bencana keatas kita sekeluarga..insyaAllah. Moga kita dikurniakan anak yang comel lagi soleh. InsyaAllah..

Ya Allah,
peliharalah anakku ini selama mana ia berada di dalam kandunganku,dan sihatkan lah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak ada penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasulmu. 
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat nanti. 
Ya Allah,
 jadikan lah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
 Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad saw dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.. 

perkembangan janin dari minggu ke minggu

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah..Apa yang kita perolehi samada pahala ataupun bala, ia adalah atas izinNya. Dia berkuasa ke atas makhluk ciptaanNya. Syukur alhamdulillah terhadap rezekiNya dan nikmatNya. Dia yang memberi dan Dia jugalah yang menarik segala-galanya..

    ReplyDelete