Like This Blog

Facebook

Tuesday, December 27, 2011

hidup ini bagaikan roda





Seperti yang dijangka pada entri pertama, nampaknya blog ini sudah sedikit berhabuk. Apabila sudah hilang sedikit momentum untuk menghasilkan entri terbaru, maka kebiasaanya entri-entri selepas ini juga akan rti lambat. hopely tidaklah ya... 

gambar hiasan
Betul la kata orang, hidup ini bagaikan roda.. ayat ini tetiba terlintas di fikiranku. Teringat kata2 lia (rakan sepejabatku) semasa 1 majlis di pejabaku last week... thnks lia bagi idea~~

Berpindah ke tempat baru adalah perkara yang menggusarkan. Kita tak pasti sama ada kita dapat perform sebaik di tempat lama, kita tak pasti sama ada kita akan diterima dan banyak ketidak pastian lagi. Salah hemat, kita mungkin akan dilabelkan dengan label-label yang menyukarkan kita untuk perform. 

Bersusah- susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kehidupan yang dijadikan Allah tidak terlepas daripada ujian. Bagi mereka yang mengerti, ujian hidup adalah sebagai medan mujahadah bagi mencapai martabat Mukmin yang disayangi lagi diredhai Allah swt. Mereka yang yakin Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambaNya bersendirian tanpa bantuan bagi menyelesaikan segala situasi kehidupan yang terasa menyakitkan.

Bagi mereka, syurga yang bakal dihuni bukanlah untuk manusia yang bersenang  lenang di dunia tanpa melalui pahit getir hidup sebagai seorang hamba. Mereka percaya,  syurga yang didamba memerlukan satu perjalanan kehidupan yang perlu dilalui jalan yang dihiasi dengan duri-duri tirus, batu-batu tajam dan bunga-bunga beracun di sepanjang jalan. Wlaupun begitu, ada rasa yang menyemarakkan ingin terus melalui jalan tersebut kerana di hujungnya ada taman nan indah. Langsung tidak terjangkau dek pandangan mata dunia.

Allah mengingatkan kita menerusi kalamNya yang bermaksud: “oleh sebab itu, maka(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” ( Surah al-Insyirah 94:5-6 )
Inilah ubat yang paling mujarab merawat hati yang sedang berkecamuk tatkala menghadapi musibah yang pahit. Janji Allah itu pasti, bagi menggantikan kesulitan dengan kesenangan asalkan sahaja kita berusaha menghadapinya.

Kehendak manusia mencari mudah itu terlalu mendesak. Kita susah merelakan kesusahan itu datang dahulu untuk mengajar mengenal kehidupan bertuhan. Kita selalu ingin segera merasai manisnya gula-gula sebelum tiba masa hilangnya rasa masam. Bersabarlah duhai hati, kerana bersabar itu terlalu indah akhirnya.
Justeru, sama-samalah lah kita menghayati bahawa sampai masa, kehidupan yang manis itu akan tiba juga. Walaupun bukan di dunia, di akhirat sana pasti ada. Tatkala itu, bergembiralah bagi mereka yang memilih bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian berbekalkan iman yang meraja...


Monday, December 5, 2011

Perkahwinan ex-roommate (Nonong)




Kelmarin (04/12/2011), ex-rommate aku masa study kt uitm telah melangsungkan perkahwinannya di Kg Ulu, Putatan. Selamat pengantin baru buat sahabatku Nonong ... Semoga rahmat Allah swt sentiasa mengiringi kebahagianmu bersama insan tersayang.. Semoga dapat menjadi suami isteri yang mithali & dikurniakan keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah... insyaAllah.


Diantara seleksi foto2 perkahwinannya.... jom layanz>>>>
ambik aura c pengantin.. hikhik

Dib mari...
ida & huda

posing gitu.. hihi

candid
didong yg maintain ceria.. kn dong? hihi

idea sapa ni...
leh tahan !! hehe
kamurang pura2 x tgok kamera kaini??
haha
cantik c nonong..kn?


Nonong & Fizi- Semoga berbahagia hingga dunia akhirat
Selamat menjalani ibadah rumah tangga...
Selamat menempuh ke alam yang penuh cabaran ini dengan penuh sabar...
Kuatkan iman, kuatkan hati.. tabah menghadapi dugaan yang mendatang nanti.. SELAMAT PENGANTIN BARU !!


Sunday, December 4, 2011

''Kehidupan baru" telah bermula




Assalamualaikum wbt....
wah... wah... wah...agak lama jg aku x update blog. huhuhu. Kesian ngan blog ku ni. Cam di anak tirikan plak... Pa2 pun i'm sorry la.... hehe!! Bkn apa, Sebenarnya kesibukan telah melanda diriku sejak beberapa ini. Al maklum la, sejak tukar profesen kerja...kikiki (alasan ke?) 

Tidak banyak yang aku mo story sal keja baru aku. Lagipun baru 1st week.. cuma, memang kebiasaan nya la ba kan bila kita berada di tempat yang "baru" buat kita ni, kita akan rasa something yg emmmm... shusah jg sy mo xplain. cam something terpelanting la kali !! hehehe.... iyala, suma pn dah "baru", cam aku sakap aritu, aku akan berdepan ngan suasana kerja yang baru... kawan2 yang baru, cara kerja yang baru, & lain2 la yg baru.. Mmg kejanggalan itu ada limpas2 jg la. haha !! 

mood sorius
Mmg ndak dinafikan dunia skg sukar utk kita memperolehi kerjaya yang diinginkan tanpa kriteria asas utk menempuh alam pekerjaan. Pengalaman, kretiviti, & aplikasi yang masih di tahap permulaan memerlukan kesabaran & usaha disamping tawakal kepada Tuhan. 

Untuk mencapai target & mendapatkan sesuatu itu bukan satu yg mudah. Aku kena korbankan masa yg aku ada. Masa tuk bercuti aku kena kurangkan, kemungkinan selepas office hour pun aku kena bekerja walaupun OT x layak nk claim. Minyak kereta, juga bil tel adalah diantara mangsa korbanku nanti. hihi !!

Harapan menggunung mengharapkan tempoh pengorbanan ini sekadar untuk tempoh yang agak pendek. Impian semakin hari semakin mendekati. keghairahan juga membuak-buak. Semoga impian menjadi kenyataan. Wish me luck. Semoga "kehidupan baru" ku ini dipermudahkan segalanya & di beri ketetapan iman... insyaAllah. Amin...