Like This Blog

Facebook

Tuesday, December 27, 2011

hidup ini bagaikan roda





Seperti yang dijangka pada entri pertama, nampaknya blog ini sudah sedikit berhabuk. Apabila sudah hilang sedikit momentum untuk menghasilkan entri terbaru, maka kebiasaanya entri-entri selepas ini juga akan rti lambat. hopely tidaklah ya... 

gambar hiasan
Betul la kata orang, hidup ini bagaikan roda.. ayat ini tetiba terlintas di fikiranku. Teringat kata2 lia (rakan sepejabatku) semasa 1 majlis di pejabaku last week... thnks lia bagi idea~~

Berpindah ke tempat baru adalah perkara yang menggusarkan. Kita tak pasti sama ada kita dapat perform sebaik di tempat lama, kita tak pasti sama ada kita akan diterima dan banyak ketidak pastian lagi. Salah hemat, kita mungkin akan dilabelkan dengan label-label yang menyukarkan kita untuk perform. 

Bersusah- susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kehidupan yang dijadikan Allah tidak terlepas daripada ujian. Bagi mereka yang mengerti, ujian hidup adalah sebagai medan mujahadah bagi mencapai martabat Mukmin yang disayangi lagi diredhai Allah swt. Mereka yang yakin Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambaNya bersendirian tanpa bantuan bagi menyelesaikan segala situasi kehidupan yang terasa menyakitkan.

Bagi mereka, syurga yang bakal dihuni bukanlah untuk manusia yang bersenang  lenang di dunia tanpa melalui pahit getir hidup sebagai seorang hamba. Mereka percaya,  syurga yang didamba memerlukan satu perjalanan kehidupan yang perlu dilalui jalan yang dihiasi dengan duri-duri tirus, batu-batu tajam dan bunga-bunga beracun di sepanjang jalan. Wlaupun begitu, ada rasa yang menyemarakkan ingin terus melalui jalan tersebut kerana di hujungnya ada taman nan indah. Langsung tidak terjangkau dek pandangan mata dunia.

Allah mengingatkan kita menerusi kalamNya yang bermaksud: “oleh sebab itu, maka(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” ( Surah al-Insyirah 94:5-6 )
Inilah ubat yang paling mujarab merawat hati yang sedang berkecamuk tatkala menghadapi musibah yang pahit. Janji Allah itu pasti, bagi menggantikan kesulitan dengan kesenangan asalkan sahaja kita berusaha menghadapinya.

Kehendak manusia mencari mudah itu terlalu mendesak. Kita susah merelakan kesusahan itu datang dahulu untuk mengajar mengenal kehidupan bertuhan. Kita selalu ingin segera merasai manisnya gula-gula sebelum tiba masa hilangnya rasa masam. Bersabarlah duhai hati, kerana bersabar itu terlalu indah akhirnya.
Justeru, sama-samalah lah kita menghayati bahawa sampai masa, kehidupan yang manis itu akan tiba juga. Walaupun bukan di dunia, di akhirat sana pasti ada. Tatkala itu, bergembiralah bagi mereka yang memilih bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian berbekalkan iman yang meraja...


1 comment:

  1. Hidup ini adalah ujian, jika gagal menghadapi segala macam ujiannya, maka kita sudah gagal dalam kehidupan. Mulut orang itu tidak boleh dikunci atau ditutup, lebih menutup mulut tempayan daripada menutup mulut orang. Apa yang perlu kita buat, ambil yang benar sahaja dari apa yang orang cakap, jika yang dicakapnya hanya mencarut atau sekadar merosakkan prestasi dan menjatuhkan kita, cuba abaikan sahaja. satu hal yang dia ceritakan mengenai kita kepada org lain telah membuka 10 lagi keaiban dirinya sendiri.

    ReplyDelete